MuslimpreneursTV | DPIMWPKL MINAT KERJASAMA BERSAMA INTEM BANTU USAHAWAN IKS MAKANAN


Inkubator Teknologi Makanan MARA - INTEM telah menerima kunjungan dari rombongan jawatankuasa Dewan Perdagangan Islam Malaysia WP Kuala Lumpur baru-baru ini yang diketuai oleh Pengerusinya, Tuan Haji Razali.

Antara yang dibincangkan adalah cadangan-cadangan kerjasama membantu usahawan-usahawan ahli DPIM khususnya dalam bidang pemakanan agar dapat mempertingkatkan mutu pengeluaran produk-produk usahawan IKS.

Turut dibincangkan adalah untuk bekerjasama mewujudkan platform e-commerce Pasar.Cloud bagi membolehkan usahawan-usahawan menambah lagi satu channel pemasaran mereka secara aplikasi web/mobile. Neusoftpro dan Loonaq Sdn. Bhd. yang merupakan ahli DPIMWPKL yang berpengalaman dalam bidang teknologi digital akan menyediakan modul transformasi ke arah perniagaan digital atau online, di samping memperkasakan jualan produk/perkhidmatan mengikut keperluan perniagaan semasa berdasarkan apa yang terdapat dalam Pusat Inkubator INTEM.

Apa itu INTEM?

INTEM adalah sebuah 'One Stop Centre' bagi 'Food Factory, Contract Manufacturing, Laboratory Analysis, Food Industry Consultation and Training' yang bertindak sebagai inkubator bagi membantu pengeluaran produk-produk usahawan yang baru menceburkan diri sebelum mereka mengorak langkah membuka kilang sendiri.

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh INTEM adalah sewaan kilang dan mesin-mesin peralatan, analisa makmal serta 'Contract Manufacturing / Catering Facilities' kepada usahawan baru.

Di samping itu juga, INTEM juga menawarkan khidmat perunding perniagaan dan juga pusat latihan.

#usahawan
#pusatInkubatorMARA


















Post a Comment

Instagram

Copyright © MuslimPreneursTV. Designed by OddThemes